21 July 2011

LAWATAN PEGAWAI DARI PKG KUDAT

Salam....
Cuaca cerah di awal pagi. Ada beberapa guru yang tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana ada yang berkursus dan exam.
Sebelum rehat beberapa orang pegawai dari PKG Kudat datang melawat ke sekolah, tak sempat nak ambik gambar mereka tadi. En Asmara, En Mazlan dan En Saiful, lawatan dan pemantauan Pusat sumber dan ICT sekolah. Ada tengok fail sikit dan beberapa soalan yang perlu di jawab untuk mengisi borang pemantauan.
Sayangnya tak sempat nak ambil gambar mereka... ish....
Lepas rehat, wifi tiba-tiba jem...agh....tak tau nak buat macam mana. Offkan wifi, pas tuh setting balik...then alhamdulillah ok sudah..syukur...kalau tak....tak tau nak jawab apa dekat bos....
Kemudian, ada kontraktor pembekalan barang-barang p&p dan peralatan pejabat pergi ke sekolah dan berurusan dengan bos.
Terima surat jemputan mesyuarat Staff untuk besok, tapi berkemungkinan akan di tangguhkan kerana ada guru yang akan berkursus besok ( Pn Florida). Tak tau lah, tengoklah besok.
Cakap-cakap kosong, tiba-tiba Pn Florida, sarankan agar di adakan jamuan(kami panggil) makan-makan sempena puasa yang akan tiba tak lama lagi. Entahlah....belum di bincangkan dengan terpeinci lagi. Untuk hari ni tu je...besok kalau tak sibuk dapatlah update lagi. sekian. 

19 July 2011

internet dan wifi sekolah ok sudah.

Hari ni.....19/07/2011(selasa), sekolah punya internet dan wifi sudah ok dan siap disetting. so kalu tidak busy bolelah di update selalu blog ni....
Bos g mesyuarat perkapita...c azman n c sharif g program 1 murid 1 sukan, c ariffin exam u nya d kk....
P & P berjalan seperti biasa...

31 March 2011

LAWATAN PERGIGIAN

Salam...
Lama dah tak update...bz juga....so, sebenarnya bermula kelmarin...pihak klinik pergigian kudat telah mengadakan lawatan ke sekolah. Kelmarin mereka cuma memeriksa gigi pelajar dan untuk mengetahui pelajar mana yang akan 'diproses' gigi mereka.
Hari ini pelajar yang telah dikenalpasti telah menjalankan pemprosesan gigi, sementara pelajar lain telah mengikuti ceramah kepentingan menjaga gigi serta membuat demonstrasi memberus gigi dengan cara yang betul....Entah apa-apa yang ditaip diatas....bagaimanapun tengok sendirilah gambar ni...

























02 March 2011

Perlantikan Rasmi Pengawas-pengawas, Ketua dan Penolong kelas.

Salam....

Kelmarin isnin telah diadakan perlantikan rasmi pengawas-pengawas dan ketua serta penolong ketua kelas. Sebenarnya perlantikan tersebut telah dibuat sebelum ini. Namun disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, antaranya perpindahan ustaz Azhari(guru disiplin dahulu) pada awal tahun ini, maka perlantikan rasmi telah ditunda hingga kelmarin, dan telah diselaraskan oleh guru disiplin baru iaitu En Mohd Sharif Omar dan di sempurnakan oleh Guru Besar En Somingkal Uensai.

Selain Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas Perpustakaan dan Pengawas Sekolah juga telah dilantik.