10 June 2013

SESI PERSEKOLAHAN SEMESTER KE-2 BERMULA !!

10 JUN 2013

Suasana sekolah kembali hiruk-pikuk dengan kemeriahan murid-murid yang kembali ke sekolah. Kehadiran hari pertama semester ke-2 amat memberangsangkan kerana kira-kira 95% murid hadir ke sekolah. Manakala pihak sekolah pula telah menerima Pembantu Pengurusan Murid N17 yang baru iaitu Pn. Zubaidah bagi menggantikan Pn. Flora Pital yang tamat kontrak pada musim cuti sekolah yang lalu. Semoga SK Dampirit dan warganya terus maju dalam semester ini terutama bagi murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September kelak...Semoga berjaya !!!!

25 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013

Seperti tahun-tahun yang sudah, pihak sekolah sekali lagi mengadaka sambutan hari guru walaupun secara ala kadar sahaja. Atas semangat kerja berpasukan, satu jamuan dan acara tukar-menukar hadiah dapat dilangsungkan pada 23 Mei yang juga merupakan hari terakhir persekolahan bagi semester pertama 2013.





11 May 2013

MAJLIS PENYERAHAN KWAPM

Bertempat di Dataran SK Dampirit Kudat, telah berlangsung datu majlis penyerahan Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWAPM) yang disempurnakan oleh Guru Besar SK Dampirit dengan pengagihan oleh setiap guru kelas. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dengan kehadiran hampir 100% ibu bapa yang kebanyakannya terdiri daripada pada ibu. Ini mungkin disebabkan oleh kekangan pekerjaan bagi kaum bapa namun yang penting adalah mereka menerima wang tersebut untuk dibelanjakan demi kelangsungan dan kelancaran pembelajaran anak-anak mereka. Apatah lagi peperiksaan yang bakal menjelma pada minggu hadapan.

Ucapan Guru Besar

Mengisi maklumat ibu bapa

Guru-guru bertungkus-lumus meneliti dan mengisi butiran penting

Salah seorang ibu mengecop jari pada dokumen

Penyerahan kepada salah seorang ibubapa

Antara yang menanti untuk mendapatkan KWAPM anak mereka

08 May 2013

MINGGU AKADEMIK

6 - 10 MEI 2013

Seperti pada tahun-tahun yang sudah, sekolah akan mengadakan beberapa aktiviti pertandingan panitia yang diadakan pada setiap hari selama seminggu. Satu hari menyajikan 2 panitia dengan aktiviti yang pelbagai dan menyeronokkan khas untuk murid. Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan iaitu

Panitia Bahasa Malaysia - Membaca teks cerita, kuiz dan mewarna.
Panitia Pendidikan Islam & Moral - Mencari hijayyah tersembunyi, bercerita kisah nabi, kuiz dan mencipta dialog
Panitia Sains - Harta karun, telefon tangsi dan kuiz
Panitia Matematik - Mencari kombinasi nombor dan kuiz sifir jadual
Panitia Bahasa Inggeris - Action songs dan reciting poem
Panitia Muzik -  Ujibakat nyanyian
Panitia Pendidikan Seni - Lukisan dan mewarna
Panitia Kajian Tempatan- kuiz
Pemulihan Khas & Prasekolah turut tidak ketinggalan mengadakan aktiviti masing-masing.

Penutupan disempurnakan oleh Guru Besar SK Dampirit pada 7 Mei 2013 dengan penyampaian hadiah kepada setiap peserta yang berjaya. Panorama suasana minggu ini dapat dilihat di SINI