23 January 2014

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS, AJK DISIPLIN KELAS DAN PUSAT SUMBER 2014

Bertempat di Dewan Terbuka SKDK, telah berlangsung majlis pelantikan pengawas, ketua kelas dan timbalan ketua kelas serta pengawas pusat sumber. Majlis yang dirasmikan oleh guru besar tersebut dilaksanakan dengan penyampaian sijil pelantikan dan pemakaian vest bagi semua murid terpilih. Barisan pengawas tahun ini akan diketuai oleh adik Cherry Metyll Voon. Semoga murid dapat menjalankan tugas dengan baik dan amanah untuk kesejahteraan sekolah kita.




02 January 2014

SESI PEMBUKAAN SEKOLAH 2014

2 JANUARI 2014

Tahun baru sudah bermula. SK Dampirit tidak terlepas daripada meraikan tahun baru ini dengan menerima murid-murid yang baru dan lama kembali ke sekolah. Paling menyeronokkan apabila ramai ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka di tahun 1dan pra sekolah. Suasana yang berbeza apabila anak-anak mereka tidak menangis dan ibu bapa tidak perlu menunggu di sekolah sehingga tengahari. Murid tahun 1 seramai 16 orang memulakan sesi persekolahan dengan gembira dan bersemangat di samping murid pra sekolah yang riang gembira. Di samping itu, pihak sekolah telah menerima kedatangan orang baru dalam keluarga staf SKDK iaitu Pn. Intan, Guru Pemulihan yang menggantikan Cikgu Fiffe yang berpindah dan Pn. Clementina, guru opsyen Bahasa Inggeris.

Guru-guru memulakan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini dengan penuh bersemangat dan memulakan minggu transisi orentasi kepada murid tahun 1. Semoga tahun ini akan menjadikan SK Dampirit lebih maju ke hadapan dalam segala aspek pendidikan dan kokurikulum.

14 November 2013

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2013

14 NOVEMBER 2013


Bertempat di Dewan Terbuka SK Dampirit Kudat, telah berlangsung majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang bermula seawal pagi lagi. Majlis yang dihadiri oleh ibu bapa dan pelajar ini telah dirasmikan oleh YM Datu Akdan bin Datu Baseran, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kudat bagi mewakili Pegawai Pendidikan Daerah YM Sh. Azad bin Sh. Attar. Majlis yang berlangsung gilang-gemilang ini diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan lalu, beberapa anugerah khas pelajar dan juga diterima oleh guru dan AKS. Diselitkan juga persembahan nyanyian oleh pelajar bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Semoga majlis ini akan memberi semangat dan motivasi kepada pelajar lain agar berusaha dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh. Panorama acara boleh di lihat di SINI


16 September 2013

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

10 - 12 SEPTEMBER 2013

Saban tahun, murid-murod sekolah rendah yang berada di tahun 6 akan menghadapi peperiksaan terbesar mereka iaitu UPSR. Begitu juga dengan SK Dampirit yang kali ini menyediakan 12 orang murid dalam memastikan kejayaan mereka dan sekolah selama 6 tahun mereka bersekolah dan belajar. Kita doakan segala ilmu yang mereka terima diberkati dan dapat digunaka dalam peperiksaan tersebut sekaligus menjadi kebanggaan kepada keluarga dan guru-guru mereka. Target tidak penting, apa yang penting adalah mereka telah buat yang paling biak dalam hidup mereka agar tiada penyesalan apabila mereka menjejakkan kaki ke sekolah menengah kelak.