15 February 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KUDAT 2015

17 JANUARI 2015

Bertempat di Kompleks Sukan Kudat dan Dewan Tun Mustapha, berlangsung Sambutan maulidur Rasul peringkat Daerah Kudat 2015. Sekali lagi SK Dampirit menyerrtai perarakan bersejarah ini bukan sahaja untuk menyertai pertandingan sepanduk tapi untuk mengngati sejarah dan kelahiran Rasulullah SAW. Jika tahun lepas, kita mendapat johan namun kali ini rezeki sekolah berada di tempat ketiga. Walaubagai mana pun, hal ini adalah perkara sampingan, yang penting adalah penyertaan dan pendedahan untuk pelajar terutamanya menghayati perjuangan Rasulullah SAW. 



08 September 2014

MERDEKA RAYA SKDK 2014

29 OGOS 2014

Bertempat di SK Dampirit, berlangsung acara dwi sambutan iaitu Sambutan Hari Raya dan Merdeka peringkat sekolah. Sambutan yang gemilang kali ini menyaksikan pertandingan perbarisan oleh setiap kelas bermula dari jambatan Kg. Dampirit sehingga ke dewan terbuka sekolah. Di samping itu, sambutan diserikan dengan nyanyian lagu patriotik yang menarik. Guru-guru telah memilih beberapa orang murid yang berperawarakan menarik dan berpakaian tercantik pada hari tersebut. Perasmian majlis dilakukan oleh Penolong Kanan 1, Pn. Patmawati Padli bagi mewakili Guru Besar yang menghadiri mesyuarat pada hari yang sama.





09 August 2014

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2014

7 - 8 OGOS 2014


Bertempat di Bilik Gerakan SK Dampirit, telah berlangsung Kem Kecemerlangan UPSR SK Dampirit selama 2 hari. Kem yang melibatkan 18 peserta terdiri daripada kesemua murid tahun 6 dan 7 orang murid harapan tahun 5 ini telah menjemput beberapa penceramah hebat dari luar SKDK bagi mendapatkan gambaran terkini mengenai cara menjawab peperiksaan UPSR dengan baik. Guru besar turut menyampaikan slot motivasinya kepada peserta bagi menyemarakkan lagi semangat juang mereka yang tinggal bebebrapa bulan lagi. Semoga usaha pihak sekolah ini akan membuahkan hasil dalam UPSR yang tidak lama lagi.








19 July 2014

PROGRAM IHYA RAMADHAN DAN KHATAM AL QURAN SKDK

 
 Bulan Ramadhan kembali lagi. Seperti biasa, SKDK melancarkan porgram Ihya Ramadhan bersempena dengan bulan mulia ini bagi menghidupkan dan mengimarahkan kedatangannya. Dalam bulan puasa ini pihak SKDK telah mengadakan majlis tadarus Al Quran dengan membahagikan beberapa juz Al Quran kepada setiap guru yang beragama Islam dan kebebasan membaca adalah terletak pada diri guru itu sendiri pada bila-bila masa. Pada bulan ini juga akan diadakah MajlisKhatam Al Quran dan Sungkai Perdana yang akan diadakan di bangunan Pra Sekolah SKDK yang akan diraikan bersama para ibu bapa dan guru serta anak-anak warga SKDK. Dalam majlis yang akan diadakan pada 23 Julai itu nanti, akan berlaku penyerahan sumbangan beras kepada setiap keluarga Islam SKDK di samping solat Tarawih berjemaah.