15 February 2015

MSSM ZON SIKUATI 2015

13 FEBRUARI 2015

Bertempat di Kompleks Sukan Kudat, telah berlangsung MSS Zon Sikuati yang kali ini dikelolakan oleh SK Terongkongan selaku tuan rumah. Acara yang berlangsung seawal 8.00 pagi itu telah menyediakan acara padang dan balapan sebagai persediaan untuk sukan daerah. Apa yang istimewanya kali ini ialah SK Dampirit menjadi johan keseluruhan buat pertama kalinya selepas hampir sedekad menjuarai zon tersebut. Lebih istimewa lagi, kejuaraan ini langsung tidak diduga oleh sekolah kerana hanya 2 gangsa yang disasarkan pada acara lontar peluru dan lompat tinggi. Namun acara yang mencuri tumpuan semua pihak dan memberi kelebihan pingat pada sekolah adalah acara balapan. Lebih menggemparkan lagi apabila sekolah dapat menewaskan juara bertahan SRK Lok Yuk Sikuati dalam keadaan yang langsung tidak diharapkan oleh pihak sekolah. SK Dampirit dengan kekuatan 30 ahli termasuk perbarisan mendapat 5 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Apatahlagi salah seorang peserta sekolah iaitu adik Nurul Nazura Amdu dinobatkan sebagai Olahragawati kejohanan selepas merangkul 2 emas.

Emas

1) Nurul Nazura Amdu - Lompat tinggi & Lari 200M
2) Siti Nuranisah Benidektus - Lontar Peluru
3) Shafiq Amizan Busrah - Lari 200M
4) Relay 4x100M Lelaki (Shafiq Amizan, Noraznizam, Razman, Shuif)

Perak

1) Relay 4x200M Lelaki (Shafiq, Noraznizam, Ericsson, Max eaven)
2) Noraznizam Nordin - lari 200M

Gangsa 

1) Mohd Razman Irwan - Lompat jauh




SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KUDAT 2015

17 JANUARI 2015

Bertempat di Kompleks Sukan Kudat dan Dewan Tun Mustapha, berlangsung Sambutan maulidur Rasul peringkat Daerah Kudat 2015. Sekali lagi SK Dampirit menyerrtai perarakan bersejarah ini bukan sahaja untuk menyertai pertandingan sepanduk tapi untuk mengngati sejarah dan kelahiran Rasulullah SAW. Jika tahun lepas, kita mendapat johan namun kali ini rezeki sekolah berada di tempat ketiga. Walaubagai mana pun, hal ini adalah perkara sampingan, yang penting adalah penyertaan dan pendedahan untuk pelajar terutamanya menghayati perjuangan Rasulullah SAW. 



08 September 2014

MERDEKA RAYA SKDK 2014

29 OGOS 2014

Bertempat di SK Dampirit, berlangsung acara dwi sambutan iaitu Sambutan Hari Raya dan Merdeka peringkat sekolah. Sambutan yang gemilang kali ini menyaksikan pertandingan perbarisan oleh setiap kelas bermula dari jambatan Kg. Dampirit sehingga ke dewan terbuka sekolah. Di samping itu, sambutan diserikan dengan nyanyian lagu patriotik yang menarik. Guru-guru telah memilih beberapa orang murid yang berperawarakan menarik dan berpakaian tercantik pada hari tersebut. Perasmian majlis dilakukan oleh Penolong Kanan 1, Pn. Patmawati Padli bagi mewakili Guru Besar yang menghadiri mesyuarat pada hari yang sama.





09 August 2014

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2014

7 - 8 OGOS 2014


Bertempat di Bilik Gerakan SK Dampirit, telah berlangsung Kem Kecemerlangan UPSR SK Dampirit selama 2 hari. Kem yang melibatkan 18 peserta terdiri daripada kesemua murid tahun 6 dan 7 orang murid harapan tahun 5 ini telah menjemput beberapa penceramah hebat dari luar SKDK bagi mendapatkan gambaran terkini mengenai cara menjawab peperiksaan UPSR dengan baik. Guru besar turut menyampaikan slot motivasinya kepada peserta bagi menyemarakkan lagi semangat juang mereka yang tinggal bebebrapa bulan lagi. Semoga usaha pihak sekolah ini akan membuahkan hasil dalam UPSR yang tidak lama lagi.