13 January 2016

PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2016

11 JANUARI 2016

Seperti kebiasaan, Pusat Sumber sekolah melantik pengawasnya seramai 8 orang yang disempurnakan oleh Guru Besar Baru, Cg. Abd Hasan bin Abd Katam di masa perhimpunan. Pelantikan kali ini menyaksikan adik Vannesa Boromeo dilantik menjadi Ketua Pengawas dan timbalan pula adik Silvia Rumaud. Manakala ahli yang lain lain adalah Nick Weslie, Noremilia Edora, Norfarahana, Dorina Hawa, Wel Chrisio dan Cindy Clay.




PERTUKARAN GURU BESAR BARU SKDK

Pada awal 2016 ini, SK Dampirit berdukacita dan bersukacita pada masa yang sama apabila berlaku pertukaran Guru Besar sekolah ini. Cg. Somingkal Uensai, Guru Besar SK Dampirit selama hampir 10 tahun yang mula berkhidmat di sekolah ini pada 2006 telah pun ditukarkan ke SK Terongkongan dan digantikan oleh veteran atau antara guru pertama sekolah ini iaitu Cg. Abd Hasan bin Abd Katam yang sebelum ini Guru Besar SK Gumandang.

29 December 2015

PERSIAPAN TAHUN 2016

Semua guru sudah bersiap sedia menghadapi tahun 2016 yang bakal mencabar usaha dan profesionalisme keguruan yang semakin menuju ke era milenia.

Pusat Sumber sekolah akan menjenamakan dirinya sebagai Pusat Penataran Ilmu untuk anak-anak SK Dampirit Kudat terutama untuk pelaksanaan program NILAM 2016 yang lebih efektif . Pelancarannya akan dilakukan pada penghujung bulan Januari dan sistem pingat yang diperkenalkan dalam NILAM akan diaplikasi berdasarkan jumlah bacaan buku oleh pelajar.

 



28 March 2015

NORFARAHANA JOHAN BERCERITA DAERAH 2015

25 MAC 2015

Bertempat di SMK Sikuati Kudat, telah berlangsung MTQ peringkat daerah Kudat dengan penuh gemilang. Seperti kebiasaan, majlis tersebut telah menemukan 5 zon sekolah rendah di daerah Kudat iaitu Zon Sikuati, Zon Bandar, Zon Tamalang, Zon Pinawantai dan Zon Banggi.

Namun MTQ kali ini merupakan peristiwa bersejarah dan istimewa  bagi SK Dampirit kerana salah seorang pelajarnya yang mewakili zon Sikuati dalam pertandingan bercerita telah menjadi johan sekaligus melayakkannya menjadi wakil daerah ke Peringkat Pantai Barat Utara yang akan didakan di SMK Pitas pada 3-4 April ini. Adik Noorfarahana berjaya menewaskan 4 pencabar lain dengan mencapat 83% markah meninggalkan Zon Bandar dan Zon Pinawantai. Kejayan seumpana ini merupakan antara sorotan kejayaan pada setiap tahun yang dicapai oleh Panitia Pendidikan Islam SK Dampirit sejak dari 2013 dalam berbagai acara.

Adik Farhana menerima hadiah daripada PPD Kudat