12 January 2017

SKDK JOHAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KUDAT 2017

12 JANUARI 2017
ESPLANADE SIDEK - DEWAN TUN MUSTAPHA

Pada hari ini, SKDK mengulangi kejayaan 2014 (pertama kali menyertai) apabila menjuarai kategori sekolah rendah/menengah/kolej/matrikulasi dalam Sambutan maulidur Rasul peringkat daerah Kudat. Pada tahun 2015 dan 2016, SKDK hanya berjaya di tempat ketiga. Kemenangan itu banyak dibantu oleh pelajar-pelajar yang bersemangat berselawat dari seawal ketibaan mereka di Esplanade Sidek sehingga sampai ke Dewan Tun  Mustapha. Tahniah diucapkan kepada pengiring kontinjen, Ust Hakim, En. Rahmat, Ust. Haafiz dan Pn. Suana.






11 November 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR GURU & MURID TAHUN 6 DI JABATAN BOMBA PENYELAMAT KUDAT

10 November 2016

18 murid bersama 14 guru telah mengadakan lawatan sambil belajar di Balai Bomba Kudat. Dalam lawatan itu, rombongan telah disambut oleh En Saidi Tabin selaku pegawai bomba kanan 2 yang turut menyampaikan sedikit ceramah berkaitan keselamatan dan kebombaan. Selepas itu, rombongan dibawa melihat dan diberi peluang menggunakan peralatan pemotong besi, mengangkat hos sepanjang 100 kaki, menyiram air, menggunakan peralatan oksigen, memakai pakaian seragam serta menaiki jentera bomba. 







21 February 2016

MAJLIS TADARUS AL QURAN 2016 ZON SIKUATI

18 FEBRUARI 2016

Penganjur : SK Kg. Minyak
Masa : 7.00 pg - 1.30 ptg
Perasmian : Ust Hardye Samin, Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Kudat

MTQ Zon Sikuati 2016 kali ini telah disertai oleh 2 orang peserta SKDK yang beradu kehebatan dalam acara bercerita kisah Al Quran. Adik Norfarahana yang mewakili Kudat ke PBU pada tahun 2015 sekali lagi menggungguli kategori perempuan apabila mempertahankan kejuaraannya pada tahun ini. Manakala sejarah tercipta apabila peserta lelaki juga iaitu adik Firdaus berjaya menjuarai kategorinya. Sekaligus SKDK membawa pulang 2 kejuaraan bagi acara bercerita dan pertama dalam sejarah SKDK. Turut hadir bersama adalah Guru Besar En. Abd Hassan.




20 February 2016

MSS ZON SIKUATI 2016

19 FEBRUARI 2016

Penganjur : SK Barambangon
Tempat : Kompleks Sukan Kudat
Masa : 7.00 pagi - 4.00 petang

Juara bertahan SK Dampirit tidak berjaya mempertahannkan kejuaraannya. Tahun ini MSS dikuasai oleh SK Terongkongan yang memperolehi 4 emas. Walaupun begitu, SK Dampirit tidak pulang dengan tangan kosong. Kontinjen perbarisan juga tidak menghampakan apabila mendapat naib johan dengan tema kali ini Star Wars. Berikut adalah keputusan atlet SK Dampirit yang pastinya akan memperbaiki keputusan ini apabila menjadi tuan rumah pada tahun 2017

2E, 3P, 2G

Emas
1) Razman (Lompat jauh)
2) Vivitricie (Lontar peluru)

Perak
1) Razman (lompat tinggi)
2) Siti Nursyakirra (lari 200m)
3) kuatet perempuan 4x100m

Gangsa
1) Edora (lari 100m & Lompat jauh)