26 March 2017

MTQ Zon Sikuati 2017

Berlangsung di SRK Lodung, SK Dampirit kali ini menghantar kontinjen teramai dalam sejarah penyertaan ke MTQ iaitu 5 orang dalam semua acara kecuali nasyid. Majlis tersebut dirasmikan oleh En. Ramesh Muniandy Abdullah dan berikut adalah keputusan MTQ SKDK:

Mohd Firdaus (Bercerita Kisah Al Quran) - Johan
Norfarahana Syafikah (bercerita) - Johan
Nurfatira Abd Rahim (Hafazan) - Naib Johan
Nurhanie Ellysya Madehi (Tilawah) - Saguhati
Mohd Aidil Aiman (Tilawah) - Saguhati

Adik Firdaus dan Norfarahana akan mewakili Zon Sikuati ke MTQ Daerah pada 1 April di SMK Sikuati II.





MSS Zon Sikuati 2017 & MSS Daerah Kudat 2017

Bertempat di SMK Sikuati II, SK Dampirit telah mengelola MSSZ Sikuati ke-43 2017. Dalam sukan tersebut, sekolah telah mendapat tempat ke 5 keseluruhan apabila mengumpul 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Emas diperolehi daripada adik Vivitricie dalam acara lontar peluru, dan perak daripada adik Dorina Hawa (80m berpagar) dan Krisney Ling ling (200 meter). Manakala gangsa diperolehi dalam acara 200m lari berganti. Kejohanan yang dirasmikan oleh En. Walter dari Unit Kemanusiaan PPD telah berakhir pada 2.00 petang dan dijuarai oleh SK Lok Yuk Sikuati yang mendapat 6 emas.

Dua minggu kemudian, MSSD Kudat pula berlangsung dan SK Dampirit telah menghantar 3 peserta bagi mewakili Zon Sikuati. Sekali lagi, ketiga-tiga peserta sekolah telah mengharumkan nama sekolah apabila adik Vivitricie berjaya mendapat pingat emas acara lontar peluru, Dorina Hawa perak acara 80m berpagar dan adik Krisney Ling ling 4x200m mendapat gangsa.

Adik vitiritcie dan Dorina mewakili Daerah Kudat ke Pitas untuk MSS PBU dan adik Vivitricie tidak mengecewakan apabila mendapat perak dengan hanya perbezaan 0.1m sahaja dengan pemenang emas. Beliau akan mewakili PBU ke Tawau untuk MSS Negeri.

31 January 2017

MSS ZON SIKUATI KE-43 2017

SK Dampirit akan menjadi tuan rumah MSS Zon Sikuati yang ke 43 pada tahun ini. Jawatankuasa telah dibentuk dan berbagai persiapan telah dilakukan untuk menjayakan sukan tersebut. Walau bagaimana pun, beberapa kekangan seperti musim hujan, baik pulih Pusat Sukan dan kesibukan dengan program yang lain. Sukan ini dijangkakan akan berlangsung pada 16 Februari 2017 di padang sekolah menengah sekitar Sikuati yang terdekat.

12 January 2017

SKDK JOHAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KUDAT 2017

12 JANUARI 2017
ESPLANADE SIDEK - DEWAN TUN MUSTAPHA

Pada hari ini, SKDK mengulangi kejayaan 2014 (pertama kali menyertai) apabila menjuarai kategori sekolah rendah/menengah/kolej/matrikulasi dalam Sambutan maulidur Rasul peringkat daerah Kudat. Pada tahun 2015 dan 2016, SKDK hanya berjaya di tempat ketiga. Kemenangan itu banyak dibantu oleh pelajar-pelajar yang bersemangat berselawat dari seawal ketibaan mereka di Esplanade Sidek sehingga sampai ke Dewan Tun  Mustapha. Tahniah diucapkan kepada pengiring kontinjen, Ust Hakim, En. Rahmat, Ust. Haafiz dan Pn. Suana.