07 February 2012

PERPINDAHAN CIKGU SABRI ABDULLAH

Assalamualaikum....

        Hari agak sunyi, masih dan memang  terasa akan suasana muram di sebabkan perpindahan Cikgu Mohd Sabri Abdullah. Beliau telah berpindah minggu lepas, dan hari terakhir beliau sebagai guru di SK Dampirit ialah hari jumaat (03.02.2012). Jadi sekarang ni staff SK Dampirit cuma tinggal 13 orang termasuk AKS.
            Minggu ni memang sibuk dengan persediaan sukan dan hari sukan Peringkat Zon Sikuati besok rabu (08.02.2012). Harap apa yang dirancang akan terlaksana dan apa yang di harapkan akan tercapai.
        InsyaAllah andai tiada aral melintang minggu depan mungkin akan diadakan hari perpisahan buat Cikgu Mohd Sabri.
        Pagi tadi, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang kerani yang mendaftar ke sekolah, seterusnya berita perpindahan kerani kami En Jonis Dehi. Entah...tak tau lagi jadi ke tidak beliau berpindah..dalam proses pengurusan.

18 August 2011

18/08/2011 (khamis)



Salam...
Alhamdulillah, bertemu lagi...
Hari ni permulaan Kem kecemerlangan UPSR 2011.
Tentatifnya;

                          18/08/2011( Khamis)

0720 - 0740 = Pendaftaran peserta
0740 - 0840 = Ceramah BM 1 dan BM 2
0840 - 0900 = Rehat
0900 - 1000 = Ceramah Matematik
1000 - 1015 = Rehat
1015 - 1115 = Ceramah Motivasi Ibu bapa / Murid
1120 - 1130 = Rehat
1130 - 1230 = Ceramah Sains



                         19/08/2011 ( Jumaat)

0730 - 0830 = Ceramah Bahasa Inggeris
0830 - 0850 = Rehat
0900 - 1130 = Majlis Penutupan.

Nanti kalau ada kesempatan akan di uploadkan gbr2nya.....insyaallah...
  



05 August 2011

05/08/2011 (JUMAAT)

Salam...
Nampaknya akan kepanasan sepanjang hari ni. Sabar je la....
Tiada yang istimewa hari ni setakat ni. tak tau lah nanti...maybe ada pelawat ke..or ade apa ke...tunggu ja lah....

04 August 2011

04/08/2011 (KHAMIS)

Salam...
Cuaca panas hari ni...hari ke empat puasa. Agak sibuk hari ni...SU sibuk isi SAPS....Pn Fifie, membuat pengisian Linus.....
Kecewa sikit kerana talian internet agak perlahan. Nak masuk laman web NKRA punyalah susah...lambat dan kekadang tidak dapat masuk langsung. Entahlah.....mungkin terlalu ramai pengguna masuk ke laman tersebut atau pun memang masalah internet. Tapi masuk laman lain boleh pulak...tak taulah apa masalahnya....sabar je lah...