Seperti tahun-tahun yang sudah, pihak sekolah sekali lagi mengadaka sambutan hari guru walaupun secara ala kadar sahaja. Atas semangat kerja berpasukan, satu jamuan dan acara tukar-menukar hadiah dapat dilangsungkan pada 23 Mei yang juga merupakan hari terakhir persekolahan bagi semester pertama 2013.
Pages
sk dampirit
25 May 2013
11 May 2013
MAJLIS PENYERAHAN KWAPM
Bertempat di Dataran SK Dampirit Kudat, telah berlangsung datu majlis penyerahan Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWAPM) yang disempurnakan oleh Guru Besar SK Dampirit dengan pengagihan oleh setiap guru kelas. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dengan kehadiran hampir 100% ibu bapa yang kebanyakannya terdiri daripada pada ibu. Ini mungkin disebabkan oleh kekangan pekerjaan bagi kaum bapa namun yang penting adalah mereka menerima wang tersebut untuk dibelanjakan demi kelangsungan dan kelancaran pembelajaran anak-anak mereka. Apatah lagi peperiksaan yang bakal menjelma pada minggu hadapan.
| Ucapan Guru Besar |
| Mengisi maklumat ibu bapa |
| Guru-guru bertungkus-lumus meneliti dan mengisi butiran penting |
| Salah seorang ibu mengecop jari pada dokumen |
| Penyerahan kepada salah seorang ibubapa |
| Antara yang menanti untuk mendapatkan KWAPM anak mereka |
08 May 2013
MINGGU AKADEMIK
6 - 10 MEI 2013
Seperti pada tahun-tahun yang sudah, sekolah akan mengadakan beberapa aktiviti pertandingan panitia yang diadakan pada setiap hari selama seminggu. Satu hari menyajikan 2 panitia dengan aktiviti yang pelbagai dan menyeronokkan khas untuk murid. Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan iaitu
Panitia Bahasa Malaysia - Membaca teks cerita, kuiz dan mewarna.
Panitia Pendidikan Islam & Moral - Mencari hijayyah tersembunyi, bercerita kisah nabi, kuiz dan mencipta dialog
Panitia Sains - Harta karun, telefon tangsi dan kuiz
Panitia Matematik - Mencari kombinasi nombor dan kuiz sifir jadual
Panitia Bahasa Inggeris - Action songs dan reciting poem
Panitia Muzik - Ujibakat nyanyian
Panitia Pendidikan Seni - Lukisan dan mewarna
Panitia Kajian Tempatan- kuiz
Pemulihan Khas & Prasekolah turut tidak ketinggalan mengadakan aktiviti masing-masing.
Penutupan disempurnakan oleh Guru Besar SK Dampirit pada 7 Mei 2013 dengan penyampaian hadiah kepada setiap peserta yang berjaya. Panorama suasana minggu ini dapat dilihat di SINI

18 April 2013
HARI-HARI SIBUK MENGHADAPI MINGGU AKADEMIK
15 - 19 APRIL 2013
Saban tahun sekolah akan mengadakan Minggu Akademik yang menyajikan aktiviti pelbagai untuk murid-murid yang disedia dan dianjurkan oleh Panitia mata pelajaran di sekolah. Antara pertandingan yang bakal dijalankan pada minggu berikutnya 22 - 25 April adalah Action Song, Melukis, Mewarna, Kuiz, Bercerita dan banyak lagi.
Guru-guru pada minggu ini berhempas pulas melatih para murid terutama kepada guru kelas yang kelihatab amat komited dan bersemangat untuk memberi yang terbaik. Kita lihat penampilan murid-murid kita pada minggu hadapan dan hasilnya kelak merupakan implementasi kepada perkembangan minda dan akademik murid kita di sekolah.
Subscribe to:
Comments (Atom)