19 July 2014

PROGRAM IHYA RAMADHAN DAN KHATAM AL QURAN SKDK

 
 Bulan Ramadhan kembali lagi. Seperti biasa, SKDK melancarkan porgram Ihya Ramadhan bersempena dengan bulan mulia ini bagi menghidupkan dan mengimarahkan kedatangannya. Dalam bulan puasa ini pihak SKDK telah mengadakan majlis tadarus Al Quran dengan membahagikan beberapa juz Al Quran kepada setiap guru yang beragama Islam dan kebebasan membaca adalah terletak pada diri guru itu sendiri pada bila-bila masa. Pada bulan ini juga akan diadakah MajlisKhatam Al Quran dan Sungkai Perdana yang akan diadakan di bangunan Pra Sekolah SKDK yang akan diraikan bersama para ibu bapa dan guru serta anak-anak warga SKDK. Dalam majlis yang akan diadakan pada 23 Julai itu nanti, akan berlaku penyerahan sumbangan beras kepada setiap keluarga Islam SKDK di samping solat Tarawih berjemaah.

30 May 2014

HARI GURU 2014

26 MEI 2014

Bersempena sambutan hari guru 16 Mei lalu, SKDK turut tidak ketinggalan mengadakan majlis sambutan hari guru peringkat sekolah yang diadakan di dewan terbuka. Banyak aktiviti telah dijalankan dan sambutan kali ini dipengerusikan oleh Ust. Muhd Hakim. Acara berlangsung seawal pagi lagi dengan acara senamrobik yang dipimpin oleh Cg. Arifffin. Sambutan diteruskan dengan acara sukaneka guru iaitu isi air guna straw, bom air, rembat sampai gol dan makan dan minum kelapa. Penutupan majlis ini dirasmikan oleh guru vesar dan diikuti dengan pertukaran hadiah sesama guru dan beberapa persembahan kior istimewa dari murid  tahun 6 dan prasekolah.

19 April 2014

MAJLIS PENANDATANGANAN KEPUTUSAN INTRA 1 2014

17 APRIL 2014

Bertempat di Dewan Terbuka SK Dampirit telah berlangsung majlis menandatangani slip keputusan murid bagi pepriksaan sesi 2014. Kehadiran ibu bapa kali ini agak memberangsangkan dan guru besar telah menyampaikan ucaptama dan amanatnya kepada para hadirin agar sentiasa memberi galakan belajar kepada anak-anak mereka. Dalam  majlis kali ini, semua pelajar menerima keputusan masing-masing dari tahun 1 hingga 6.

09 March 2014

MAJLIS TADARUS AL QURAN ZON SIKUATI 2014

7 MAC 2014

Bertempat di SK Parapat Darat, berlangsung satu pertandingan bersempena MTQ Zon Sikuati sesi 2014 bagi memilih wakil zon ke peringkat daerah Kudat. Pertandingan yang dijalankan adalah Tilawah dan Hafazan Al Quran, Bercerita Kisah Al Quran dan Nasyid. Menurut Guru Besarnya En. Suahid Hj Onggong, ini pertama kali SK Parapat Darat melaksanakan program keislaman bagi peringkat zon ini dan ia dijayakan dengan baik apabila dirasmikan oleh YB Datuk Abd Mijul Hj Unaini yang diwakili oleh En. Abdan selaku Pegawai Kemajuan Rakyat kawasan N1 Banggi.

Apa yang lebih menggembirakan, kontinjen SK Dampirit yang disertai seramai 3 orang yang menyertai Pertandingan Tilawah Al Quran Perempuan (Adik Norsyaera Aswan) telah mendapat tempat ketiga dan bagi acara bercerita (Adik Mohd Zamri Azmi) hanya mendapat saguhati dan adik Norfarahana Syafikah yang menjadi naib johan pada edisi kali ini. Perkara ini sekaligus menaikkan nama SK Dampirit yang selama ini agak tenggelam namun berkat usaha para guru menyaksikan kejayaan berjaya ditempa pada temasya kali ini. Tahniah diucapkan dan pada tahun hadapan kita cuba lagi.