08 September 2014

MERDEKA RAYA SKDK 2014

29 OGOS 2014

Bertempat di SK Dampirit, berlangsung acara dwi sambutan iaitu Sambutan Hari Raya dan Merdeka peringkat sekolah. Sambutan yang gemilang kali ini menyaksikan pertandingan perbarisan oleh setiap kelas bermula dari jambatan Kg. Dampirit sehingga ke dewan terbuka sekolah. Di samping itu, sambutan diserikan dengan nyanyian lagu patriotik yang menarik. Guru-guru telah memilih beberapa orang murid yang berperawarakan menarik dan berpakaian tercantik pada hari tersebut. Perasmian majlis dilakukan oleh Penolong Kanan 1, Pn. Patmawati Padli bagi mewakili Guru Besar yang menghadiri mesyuarat pada hari yang sama.





09 August 2014

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2014

7 - 8 OGOS 2014


Bertempat di Bilik Gerakan SK Dampirit, telah berlangsung Kem Kecemerlangan UPSR SK Dampirit selama 2 hari. Kem yang melibatkan 18 peserta terdiri daripada kesemua murid tahun 6 dan 7 orang murid harapan tahun 5 ini telah menjemput beberapa penceramah hebat dari luar SKDK bagi mendapatkan gambaran terkini mengenai cara menjawab peperiksaan UPSR dengan baik. Guru besar turut menyampaikan slot motivasinya kepada peserta bagi menyemarakkan lagi semangat juang mereka yang tinggal bebebrapa bulan lagi. Semoga usaha pihak sekolah ini akan membuahkan hasil dalam UPSR yang tidak lama lagi.








19 July 2014

PROGRAM IHYA RAMADHAN DAN KHATAM AL QURAN SKDK

 
 Bulan Ramadhan kembali lagi. Seperti biasa, SKDK melancarkan porgram Ihya Ramadhan bersempena dengan bulan mulia ini bagi menghidupkan dan mengimarahkan kedatangannya. Dalam bulan puasa ini pihak SKDK telah mengadakan majlis tadarus Al Quran dengan membahagikan beberapa juz Al Quran kepada setiap guru yang beragama Islam dan kebebasan membaca adalah terletak pada diri guru itu sendiri pada bila-bila masa. Pada bulan ini juga akan diadakah MajlisKhatam Al Quran dan Sungkai Perdana yang akan diadakan di bangunan Pra Sekolah SKDK yang akan diraikan bersama para ibu bapa dan guru serta anak-anak warga SKDK. Dalam majlis yang akan diadakan pada 23 Julai itu nanti, akan berlaku penyerahan sumbangan beras kepada setiap keluarga Islam SKDK di samping solat Tarawih berjemaah.

30 May 2014

HARI GURU 2014

26 MEI 2014

Bersempena sambutan hari guru 16 Mei lalu, SKDK turut tidak ketinggalan mengadakan majlis sambutan hari guru peringkat sekolah yang diadakan di dewan terbuka. Banyak aktiviti telah dijalankan dan sambutan kali ini dipengerusikan oleh Ust. Muhd Hakim. Acara berlangsung seawal pagi lagi dengan acara senamrobik yang dipimpin oleh Cg. Arifffin. Sambutan diteruskan dengan acara sukaneka guru iaitu isi air guna straw, bom air, rembat sampai gol dan makan dan minum kelapa. Penutupan majlis ini dirasmikan oleh guru vesar dan diikuti dengan pertukaran hadiah sesama guru dan beberapa persembahan kior istimewa dari murid  tahun 6 dan prasekolah.