SK Dampirit akan menjadi tuan rumah MSS Zon Sikuati yang ke 43 pada tahun ini. Jawatankuasa telah dibentuk dan berbagai persiapan telah dilakukan untuk menjayakan sukan tersebut. Walau bagaimana pun, beberapa kekangan seperti musim hujan, baik pulih Pusat Sukan dan kesibukan dengan program yang lain. Sukan ini dijangkakan akan berlangsung pada 16 Februari 2017 di padang sekolah menengah sekitar Sikuati yang terdekat.
Pages
sk dampirit
31 January 2017
12 January 2017
SKDK JOHAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KUDAT 2017
12 JANUARI 2017
ESPLANADE SIDEK - DEWAN TUN MUSTAPHA
Pada hari ini, SKDK mengulangi kejayaan 2014 (pertama kali menyertai) apabila menjuarai kategori sekolah rendah/menengah/kolej/matrikulasi dalam Sambutan maulidur Rasul peringkat daerah Kudat. Pada tahun 2015 dan 2016, SKDK hanya berjaya di tempat ketiga. Kemenangan itu banyak dibantu oleh pelajar-pelajar yang bersemangat berselawat dari seawal ketibaan mereka di Esplanade Sidek sehingga sampai ke Dewan Tun Mustapha. Tahniah diucapkan kepada pengiring kontinjen, Ust Hakim, En. Rahmat, Ust. Haafiz dan Pn. Suana.
11 November 2016
LAWATAN SAMBIL BELAJAR GURU & MURID TAHUN 6 DI JABATAN BOMBA PENYELAMAT KUDAT
10 November 2016
18 murid bersama 14 guru telah mengadakan lawatan sambil belajar di Balai Bomba Kudat. Dalam lawatan itu, rombongan telah disambut oleh En Saidi Tabin selaku pegawai bomba kanan 2 yang turut menyampaikan sedikit ceramah berkaitan keselamatan dan kebombaan. Selepas itu, rombongan dibawa melihat dan diberi peluang menggunakan peralatan pemotong besi, mengangkat hos sepanjang 100 kaki, menyiram air, menggunakan peralatan oksigen, memakai pakaian seragam serta menaiki jentera bomba.
21 February 2016
MAJLIS TADARUS AL QURAN 2016 ZON SIKUATI
18 FEBRUARI 2016
Penganjur : SK Kg. Minyak
Masa : 7.00 pg - 1.30 ptg
Perasmian : Ust Hardye Samin, Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Kudat
MTQ Zon Sikuati 2016 kali ini telah disertai oleh 2 orang peserta SKDK yang beradu kehebatan dalam acara bercerita kisah Al Quran. Adik Norfarahana yang mewakili Kudat ke PBU pada tahun 2015 sekali lagi menggungguli kategori perempuan apabila mempertahankan kejuaraannya pada tahun ini. Manakala sejarah tercipta apabila peserta lelaki juga iaitu adik Firdaus berjaya menjuarai kategorinya. Sekaligus SKDK membawa pulang 2 kejuaraan bagi acara bercerita dan pertama dalam sejarah SKDK. Turut hadir bersama adalah Guru Besar En. Abd Hassan.
Subscribe to:
Comments (Atom)










