13 February 2018

MSSM ZON SIKUATI 2018

12 Februari 2018

Bertempat di Kompleks Sukan Kudat, MSS Zon Sikuati ke-44 telah berlangsung yang dituan rumahkan oleh SK Kg. Minyak. Pada tahun ini, SK Dampirit melangkah kanan apabila menjadi naib juara keseluruhan dengan kutipan 4 emas, 4 perak dan 2 gangsa.

Emas
1. Mike Christensen (200M pecut)
2. Sabrina Wilford (80M berpagar)
3. Kuatet 4x100 perempuan
4. Kuatet 4x200 perempuan

Perak
1. Vanessa Bernadeth (Lompat tinggi)
2. Mohd Wafi Aziz (Lompat tinggi)
3. Zenden Conell (80M berpagar)
4. Krisney Ling ling (200M pecut)

Gangsa
1. Mohd Wafi Aziz (100M pecut)
2. Zenden Conell (Lontar peluru)

Selain itu, kontinjen perbarisan turut mendapat JOHAN dalam acara perbarisan dengan maskot kali ini Si Burung Merah.







04 February 2018

RENTAS DESA 2018

2 Februari 2018

Buat pertama kali SK Dampirit menganjurkan Rentas Desa yang bermula dari pagar sekolah hingga ke kilometer 2 menuju ke Kg. Sumandakon. Larian bermula seawal 8 pagi dengan pembahagian setiap tahap dan jantina mengikut Checkpoint (4 CP) yang disediakan dan dijaga oleh guru-guru SKDK. 5 pemenang diambil daripada setiap tahap dengan 4 kategori dengan johan iaitu 

CP1 - Perempuan tahap 1 (Lilien Ng = Tahun 3)
CP2 - Lelaki tahap 1 (Syafie Salam = Tahun 3)
CP3 - Perempuan tahap 2 (Vanessa Bernadeth Robert =Tahun 5)
CP4 - Lelaki tahap 2 (Faiz Salam = Tahun 6)

Sejurus tamat perlumbaan, acara senamrobik diteruskan dengan bimbingan Pn. Clementina, Pn. Remita, Cik Florina, Cg. Ariffin dan Ust. Hakim menceriakan suasana pagi. Acara tamat sekitar jam 11 pagi.






26 January 2018

PROGRAM BACK TO SCHOOL 2018

10 JANUARI 2018

Program Back To school anjuran JPJ, KPDNKK dan Gerakan Pengguna Kudat telah diadakan di SK Dampirit. Majlis dirasmikan En. Sapdin Ibrahim Pegawai Daerah Kudat  dan penyerahan disempurna oleh jemputan dengan sumbangan berupa beg sekolah daripada Yayasan Verdon Bahanda. Seramai 186 pelajar SK Dampirit dan 24 pelajar SJKC Yuk Hwa Tamalang mendapat bantuan tersebut.

Selain itu, ceramah keselamatan jalan raya dan kepenggunaan juga diadakan di samping pameran daripada kedua-dua pihak.




06 November 2017

LAWATAN SAMBIL BELAJAR WARGA SKDK

3-4 November 2017

Lawatan kali ini dilakukan di beberapa tempat menarik di Kundasang dan Ranau. Berikut adalah antara perjalanan yang telah ditempuh oleh 46 orang peserta rombongan dengan 13 orang daripadanya adalah pelajar tahun 6.

3 November 2017

Tagal Sg. Moroli Kg. Luanti Baru Ranau
BBQ di Amulah Vilage Stay Kundasang

4 November 2017

Desa Dairy Farm Mesilau
Kundasang War Memorial
Pekan Kundasang