PROFIL

SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Dampirit terletak di tengah-tengah perkampungan yang majoritinya didiami oleh penduduk suku kaum Rungus. Nama SK.Dampirit diambil bersempena dengan letaknya sekolah ini di kampung tersebut. Jarak sekolah ini ke Pekan Kudat kira-kira 27 kilometer. Antara kampung yang berhampiran dengan sekolah ini ialah Kg.Masangkong, Kg.Bambangan, Kg.Sumandakon dan Kg.Sungai Karang.
 
 Sekolah ini telah wujud sejak tahun 1995 atas nama cawangan SK.Sikuati. Tahun seterusnya sekolah ini telah keluar daripada cawangan SK.Sikuati dengan menggunakan nama SK.Dampirit. Pembinaan sekolah ini adalah untuk memudahkan anak-anak kampung mendapat pendidikan yang sewajarnya. Bangunan asal merupakan bangunan sementara yang diperbuat daripada tiang kayu bulat, berdindingkan buluh yang dibelah,beratapkan daun nipah dan berlantaikan tanah sahaja.

Pada tahun 1999 bangunan sementara yang dibina secara gotong-royong dirobohkan dan diganti dengan bangunan papan melaluiProjek Kilatkerajaan. Bangunan ini mengandungi 3 bilik darjah sahaja. Oleh kerana bangunan ini tidak dapat menampung bilangan murid maka sebuah balai raya di Kampung Dampirit digunakan sementara waktu sebelum mendapat bangunan sekolah yang baru.
 
Sekolah Kebangsaan Dampirit terus berkembang dari segi fizikalnya. Pada akhir tahun 2006, dibawah program JPPS,  telah meluluskan peruntukan sebanyak RM80,000.00 untuk penambahbaikkan bangunan sekolah. Penambahbaikkan ini melibatkan pembinaan 3 bilik darjah, 1 pejabat guru dan 1 pejabat KTBM dan Guru Besar secara konkrit di bawah bangunan asal sekolah.
 
Kepesatan pembangunan telah mengubah fizikal sekolah ini begitu juga dengan kepimpinan pengurusan di Sekolah Kebangsaaan Dampirit Kudat.





BENDERA DAN LOGO SEKOLAH
 


MAKLUMAT TAMBAHAN SEKOLAH


TAHUN 3

TAHUN 1

PRA SEKOLAH

TAHUN 4

TAHUN 6

TAHUN 2

TAHUN 5

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Maju sdh ba sk dampirit...
    Guru paling lama sana ialah Cikgu Patmawati( guru bahasa melayu) nie dlu
    Cikgu Azman juga...
    sampai skrg lg tu 2015

    Tapi pling d rindui cikgu Avon Ujoh...
    Skrg dah pindah keningau da...

    ada jg guru2 lama sini...bekas guru besar sini ialah mendiang
    En.John Dahawa(guru bahasa english yg garang)

    ramai la pernah mengajar sini dlu...

    ReplyDelete