03 September 2010

02/09/10 khamis

Assalamualaikum..
Maaf, dah banyak hari dah tak update..he..busy woo....
So...hari isnin 30/08/10, kesinambungan program bulan kemerdekaan peringkat sekolah...di perhimpunan di jalankan acara pengkisahan perdana menteri malaysia yang ke 3 oleh Cik Zainun....seterusnya perdana menteri yang ke 4, oleh Pn Patmawati dan yang terakhir perdana menteri ke 5, sepatutnya oleh En Azman, tapi disebabkan beliau sakit tekak diganti oleh En Mohd Sabri....
Terdapat beberapa lagi program yang telah dijalankan antaranya pertandingan melukis dan mewarna sempena kemerdekaan dan tayangan filem (Bukit Kepong) yang memaparkan semangat juang anggota polis di Bukit Kepong yang menentang komunis pada masa itu...

Syukurlah...program anjuran panitia sivik dan kenegaraan tersebut telah berlansung dengan jayanya....
Sepanjang minggu lepas juga, pihak klinik pergigian daerah Kudat telah menjalankan operasi pemeriksaan gigi semua murid...bagi pelajar yang giginya bermasalah telah dicabut.....selain itu mereka juga telah menerangkan dan menbuat demonstrasi cara-cara menggosok gigi dengan betul.

Jam 9.45 am tadi, sekolah telah dilawat oleh pegawai maklumat dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, dan Ketua Unit ICT daerah Kudat. Mereka telah memantau perjalanan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS), syukurlah...semua fail telah tersedia, semua soalan telah terjawab...dan terdapat beberapa penambahbaikan yang telah mereka kemukakan. alhamdulillah...komen yang positif dari mereka.