21 April 2012

FOTO STAF SKDMAPIRIT APRIL 2012

FOTO PINTU GERBANG/PAPAN TANDA



FOTO PERISTIWA TERKINI SK DAMPIRIT.

MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH 

Peristiwa dan acara terkini.

Salam...
Agak lama dah tak update...sibuk. Banyak benda dan perkara telah berlaku, ada yang suka dan ada yang duka....
Namun itu sebahagian dari kehidupan. Tempoh hari perpindahan cikgu Mohd Sabri, baru-baru ni, perpindahan En Jonis AKS kami. Namun perpindahan beliau masih dalam proses rayuan. Samada ditempatkan di sekolah lama atau di sekolah baru. 
Baru-baru ni juga, sekolah menerima guru Pra Sekolah (En Mohd Rahmat B Abd Dini)dan seorang AKS lagi (Cik Maimon). InsyaAllah kalau tiada aral melintang minggu depan akan diadakan majlis perpisahan En Sabri dan En Jonis dan meraikan kedatangan En Mohd Rahmat dan Cik Maimon.
Hairankan mengapa baru diadakan majlis tersebut. Keadaan memaksa majlis itu ditunda, ditunda dan ditunda..... Tapi yang penting majlis tersebut akan diadakan juga.
Minggu lepas, telah diadakan Majlis Pelancaran Guru Penyayang Peringkat Sekolah. Dilancarkan oleh Guru Besar En Somingkal dan dihadiri oleh Pengerusi PIBG sekolah En Bining. Majlis yang ringkas sahaja.
Minggu lepas juga, nazir bahagian pra sekolah telah melawat sekolah. Beliau berada bersama-sama guru pra, En Mohd Rahmat, dari pagi hingga tamatnya sesi persekolahan. Alhamdulillah...cuma kelemahan-kelemahan yang tidak begitu serius telah beliau kesan, hasil dari pemantauan beliau.
Dan untuk pengetahuan juga, sekolah telah mendapat peruntukan untuk membina bangunan pra sekolah yang sekarang ni dalam 30% siap. Dan diharap proses pembinaan akan siap seperti yang diharapkan.
Selain itu, sekolah telah mendapat peruntukan pembinaan bumbung tapak perhimpunan sumbangan dari YB Teo Chee Kang. Dan pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau.