26 July 2013

MAJLIS BERSUNGKAI IFTAR JAMAIE

25 JULAI 2013

Bertempat di  SK Dampirit, telah berlangsung satu majlisberbuka puasa dan penyampaian sumbangan yang dianjurkan bersama Pejabat Daerah Kudat yang diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah 1 En. Gafar Abd Rahman. Majlis bersungkai secara anjuran bersama ini merupakan yang julung kali kerana sebelum ini pihak sekolah hanya mengadakannya secara dalaman sahaja tanpa melibatkan ibu bapa murid. Kali ini ia menjadi kenyataan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Aturcara bermula seawal jam 5.00 petang dengan bacaan Yasin dan tahlil yang diterajui oleh Ust. Mohd Haafiz dan diikuti dengan ketibaan rombongan dari Pejabat Daerah, JAKIM dan JHEAINS. Selepas itu, satu ceramah khas yang disampaikan oleh Penolong Pegawai sendiri telah menggamit para hadirin dengan intipati yang menginsafkan dan memberi kesedaran. Selepas itu, majlis berbuka puasa, Solat Maghrib - Tarawih serta akhir sekali penyerahan sumbangan pihak sekolah kepada semua ibu bapa murid yang beragama Islam. Majlis tamat kira-kira jam 9.30 malam.





12 July 2013

HARI SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1

Selepas tertamgguh beberapa kali akibat masalah sistem online, akhirnya semakan keputusan oleh ibu bapa murid berjaya juga dilakukan pada hari ini. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar Cg. Somingkal Uensai dan 6 kaunter mengikut kelas tahun 1 - 6 disediakan. Semua guru kelas bertungkus-lumus melayan kedatangan ibu bapa dan menjelaskan tentang prestasi dan perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Salah seorang ibu bapa yang sempat ditemuramah menyatakan kegembiraan beliau terhadap prestasi anaknya yang semakin meningkat walaupun sedikit. Kita berharap agar anak-anak didik SK Dampirit akan terus lebih maju pada masa akan datang terutamanya pada peperiksaan UPSR 2013 tidak lama lagi.



04 July 2013

PEMBUKAAN PRA SEKOLAH & SAMBUTAN HARI JADI

Bertempat di Bangunan Pra Sekolah SK Dampirit yang baru, berlangsung satu majlis pembukaan Pra Sekolah baru dan sambutan Hari Jadi Murid Pras Sekolah yang lahir pada Januari - Jun 2013. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar En. Somingkal Eunsai dan dihadiri oleh ibu bapa serta guru-guru. Majlis diserikan dengan acara meraikan dengan kek ditempah khas dan jamuan makan. Menurut guru Pra Sekolah Cikgu Rahmat, majlis ini akan diadakan lagi pada bulan Oktober kelak.