13 January 2016

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KUDAT 2016

9 Januari 2016

Bertempat di Kompleks Sukan dan berarak ke Dewan Tun Mustapha Kudat, Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan dengan meriahnya. SK Dampirit sekali lagi menyertai pertandingan sepanduk dan perbarisan untuk kali yang ke 3 pada tahun ini. Seperti tahun yang lalu, SKDK sekali lagi berjjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan tersebut dengan kekuatan 17 pelajar.








PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2016

11 JANUARI 2016

Seperti kebiasaan, Pusat Sumber sekolah melantik pengawasnya seramai 8 orang yang disempurnakan oleh Guru Besar Baru, Cg. Abd Hasan bin Abd Katam di masa perhimpunan. Pelantikan kali ini menyaksikan adik Vannesa Boromeo dilantik menjadi Ketua Pengawas dan timbalan pula adik Silvia Rumaud. Manakala ahli yang lain lain adalah Nick Weslie, Noremilia Edora, Norfarahana, Dorina Hawa, Wel Chrisio dan Cindy Clay.




PERTUKARAN GURU BESAR BARU SKDK

Pada awal 2016 ini, SK Dampirit berdukacita dan bersukacita pada masa yang sama apabila berlaku pertukaran Guru Besar sekolah ini. Cg. Somingkal Uensai, Guru Besar SK Dampirit selama hampir 10 tahun yang mula berkhidmat di sekolah ini pada 2006 telah pun ditukarkan ke SK Terongkongan dan digantikan oleh veteran atau antara guru pertama sekolah ini iaitu Cg. Abd Hasan bin Abd Katam yang sebelum ini Guru Besar SK Gumandang.