29 August 2010

28/08/10 sabtu

Assalamualaikum..
Kelmarin tak sempat update..penat...sebenarnya kelmarin pihak sekolah telah mengadakan majlis berbuka puasa kepada ibu bapa pelajar muslim...disamping itu penyerahan derma ikhlas guru-guru muslim berupa beras 5 kg seorang oleh guru besar...En Somingkal, beliau yang ditemani isteri dan dua anak beliau juga turut sama menjamu selera sewaktu berbuka. Berbanyak terima kasih kepada Guru Besar kerana sudi hadir dan menjayakan program anjuran panitia agama islam dan berkat kerjasama semua guru program tersrbut berjalan lancar tanpa sebarang masalah... selepas berbuka, ibu bapa dan guru-guru turut mendirikan solat maghrib dan isyak seterusnya solat sunat tarawih secara berjamaah yang di imami Ustaz Azhari sendiri. Alhamdulillah....
Guru-guru juga turut menyumbangkan kuih-muih dan beberapa lauk pauk untuk majlis tersebut...
Di harap program ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang, memandangkan sambutan yang baik dari ibu bapa.

25 August 2010

24/08/10 selasa

Assalamualaikum..
hari isnin, kelmarin tak sempat nak update...
sebenarnya kelmarin ada aktiviti kesinambungan dari pelancaran bulan kemerdekaan perignkat sekolah...iaitu aktiviti Pengkisahan Perdana Menteri Malaysia.
Ia akan di jalankan pada setiap hari isnin semasa perhimpunan sekolah...
Minggu ini giliran En Mohd Sabri dan Pn Marina. En Mohd Sabri telah mengkisahkan riwayat hidup, sumbangan dan yang berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Pn Marina pula mengkisahkan riwayat hidup, sumbangan dan yang berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia yang kedua...
Add caption

22 August 2010

21/08/10 sabtu

Assalamualaikum....

Malam tadi tak sempat nak update...tertidur....so....nak maklumkan jumaat, iaitu kemarin mesyuarat PIBG....cuma lebih kurang 50% ibu bapa yang hadir... tak tau mengapa..myb kekangan masa dan tuntutan kerja menyebabkan ramai tidak dapat hadir....tak pe....yang penting objektif mesyuarat tercapai, agenda-agenda mesyuarat telah diutarakan dan dibincangkan...