29 August 2010

28/08/10 sabtu

Assalamualaikum..
Kelmarin tak sempat update..penat...sebenarnya kelmarin pihak sekolah telah mengadakan majlis berbuka puasa kepada ibu bapa pelajar muslim...disamping itu penyerahan derma ikhlas guru-guru muslim berupa beras 5 kg seorang oleh guru besar...En Somingkal, beliau yang ditemani isteri dan dua anak beliau juga turut sama menjamu selera sewaktu berbuka. Berbanyak terima kasih kepada Guru Besar kerana sudi hadir dan menjayakan program anjuran panitia agama islam dan berkat kerjasama semua guru program tersrbut berjalan lancar tanpa sebarang masalah... selepas berbuka, ibu bapa dan guru-guru turut mendirikan solat maghrib dan isyak seterusnya solat sunat tarawih secara berjamaah yang di imami Ustaz Azhari sendiri. Alhamdulillah....
Guru-guru juga turut menyumbangkan kuih-muih dan beberapa lauk pauk untuk majlis tersebut...
Di harap program ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang, memandangkan sambutan yang baik dari ibu bapa.

No comments:

Post a Comment