02 October 2010

01/10/10 jumaat

Assalamulaiakum......
Hai....lama dah tak update, lepas blik dari bercuti raya, agak sibuk dengan upsr dan tangungjawab harian..Banyak peristiwa suka dan duka berlaku sepanjang selepas cuti raya...
21/09/10 selasa, hari pertama upsr, paper bm dan math 2, syukurlah.... ramai murid tahu 6 beritahu soalan tidak begitu susah.....harap mereka boleh jawab dengan betul....
22/09/10 rabu, hari kedua upsr, paper math 1, aku rasa agak susah soalannya... dan tekaan ku tepat... ramai muridku mengadu soalan susah dan ramai yang tidak sempat mengira soalan dan menanda tanpa menjawab soalan....tapi, lega jugak sebab beberapa murid harapan untuk dapat A math kata...mereka dapat sempat jugak mengura dan menjawab........
23/09/10 khamis, hari ketiga upsr, paper bi dan sains, jam 9, dikejutkan dengan berita sedih, En Mohd Sabri mendapat kemalangan semasa handak pergi ke pusat peperiksaan, tempat dimana beliau bertugas mengawas peperiksaan upsr. Tanpa mandi dan sarapan, bergegas ke hospital daerah kudat. Ramai sudah kawan-kawan termasuk guru besar sudah berada disana. Keadaan En M Sabri agak teruk, tapi boleh bercakap dengan suara yang perlahan. Sedih dan pilu jugak...beliau tidak dapat merasa dan menggerakkan dari bahagian pinggang hingga ke kaki. Dengar cerita ada masalah di bahagian tulang belakang beliau. Memang jelas terasa suasana pilu dan sedih di perkarangan unit kecemasan tersebut.  
Entah.....tak tau nak cakap apa....lebih kurang jam 12.30pm beliau dihantar ke hospital Queen di Kota Kinabalu. Sebelum beliau di hantar sempat jugak kami melawat dan melihat sendiri keadaan beliau.
24/09/10 jumaat, di sekolah...suasana sedih masih terasa di kalangan semua warga sk dampirit, dari pelajar hingga ke guru-guru, pekerja am, pengawal keselamatan termasuk juak tukang masak rmt, semua masih dalam keadaan terkejut dengan kejadian tersebut. Sepatutnya hari ini, telah dirancangkan adalah Sambutan dan Jamuan Sempen Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah, tapi telah ditunda ke jumaat minggu depan.
27/09/10 Isnin, sebelum ini, En M Sabrilah yang akan sibuk menguruskan perhimpunan, disebabkan beliau tiada, tambahan guru besar bercuti maka tiada perhimpunan pada hari ini. Suasana P&P berjalan seperti biasa, namun suasana dalam bilik guru agak murung, jarang kedengaran suara tawa dari guru-guru seperti sebelum ini...mungkin kesan dari peristiwa yang dialami oleh En M Sabri masih terasa, sebab sebelum ini memang dialah yang sekali sekala akan mengutarakan topik-topik yang menjadi perbincangan dan seterusnya menjadi bahan ketawa dikalangan guru-guru. Hari ini jugak Guru Besar beritahu bahawa salah seorang dari AKS SK Dampirit, iaitu Pn Norizan akan berpindah ke SMK Sikuati 2, bertambah kuranglah warga SK Dampirit.
Ada beberapa guru yang mencadangkan agar guru yang berminat hendak melawat En M Sabri di Hospital Queen boleh berbincang dengan lebih lanjut mengenai masa dan pengangkutan yang akan digunakan nanti.
Hasil perbincangan, hari rabu atau khamis, bertolak jam 12 tangah hari bergantung kepada kebenaran dari guru besar. Seterusnya hasil perbincangan tersebut akan di bawa kepada guru besar untuk mendapat kebenaran dan pendapat beliau.
28/09/10 Selasa, Ada perbingcangan tentang Majlis perpisahan Pn Norizan dan Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri, termasuk cadangan hendak melawat En M Sabri di KK, hasil perbincangan, jamuan dan majlis perpisahan akan diadakan serentak iaitu pada jumaat 01/10/10, dan pada hari rabu jam 12 tengah hari guru yang berminat hendak melawat En M Sabri akan berkumpul di Pekan Sikuati, dan menggunakan 4 buah kereta untuk ke KK.
29/09/10 Rabu, P&P seperti biasa, namun pelajar tahun 6 yang telah menduduki upsr, mempunyai aktiviti sendiri yang telah dirancangkan. Jam 12 tengan hari, hanpir semua guru termasuk 2 aks, iaitu En Somingkal, En Azman, En M Ariffin, En Madehi dan isteri iaitu Pn Marina beserta ank mereka, Pn Florida,ust Azhari,Pn Sarimah, Cik Zainun, Pn Inungkiling, En Jonis dan Pn Patmawati berserta suami dan dua anak mereka telah bertolak ke KK untuk melawat En M Sabri di Hospital Queen.
sampai di KK jam 3.30pm, masih awal, masa melawat beliau adalah jam 4.30pm. lebih kurang jam 4.35pm, dibenarkan masuk ke unit ICU, sebak melihat keadaan beliau yang terlantar tidak dapat duduk, ada yang mengalirkan air mata........ beliau bercakap macam biasa namun,percakapan beliau ade diselitkan dengan maksud-maksud tertentu. Khabar daripada isteri beliau, beliau akan di bedah untuk memasukkan besi bagi membetulkan tulang belakang pada hari jumaat(01/10/10).Sabarlah ye cikgu Sabri, banyakkan berdoa dan kuatkan semangat.
lebih kurang jam 5.30pm...bertolak pulang ke kudat...... sepanjang perjalanan dari KK ke Kudat cuma dalam 30 minit sahaja tidak ditimpa hujan selebihnya hujan lebat mengiringi kepulangan, alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah masing-masing.
30/09/10 Khamis, P&P seperti biasa, selain itu persiapan dan persediaan untuk majlis esok.
01/10/10 Jumaat, Hari ini... Majlis Perpisahan dan Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri. Pengacara majlis Pn fifee. Gambar tak sempat nak upload, esok lah...insyaallah...

No comments:

Post a Comment