26 February 2011

Mesyuarat PIBG kali 1 2011

Salam......



Kemarin, telah diadakan mesyuarat AJK PIBG kali pertama 2011 SK Dampirit. Banyak juga agenda telah dibincangkan. Antaranya sumber kewangan PIBG, aktiviti PIBG dan sebagainya. Hampir semua AJK PIBG hadir.

Add caption


18 February 2011

jln g sekolah banjir




Salam....
Hujan lebat mlm tadi....so implikasinya....jalan ke sekolah banjir hingga paras lutut....ramai guru terpaksa berpatah balik dan menggunakan jalan kedua yang agak jauh dari kebiasaan. Tak sempat nak ambik gambar, takut lewat sampai ke sekolah....nantilah kalau banjir lagi, adalah gbr tu menyusul....so....murid so far ok jgak....kehadiran memuaskan, walaupun di awal pagi tu masih hujan lagi. Lebih kurang pukul 10 pagi, hujan reda. nampaklah cahaya matahari menyinari sk dampirit. Namun keadaan agak lembab.
Baliknya, beberapa orang guru mencuba untuk meredah banjir tersebut, lepas juga, namun beberapa buah kereta patah no pendaftaran di bahagian hadapan disebabkan air yg agak kuat arusnya.
Terdapat juga guru yang terpaksa mengikut jalan kedua seperti pagi tadi yang agak jauh. Syukurlah kawasan sekolah tidak banjir kerana berada di tempat yang agak tinggi.

16 February 2011

16/02/2011

Salam.....
Hari ni cuti sempena Maulidur Rasul....so ada ruang untuk mengupdate dan mengubahsuaikan susunan dan latarbelakang blog ni....
Anda boleh saksikan perubahan yg agak ketara, walaupun tidak berapa reti sangat macam mana nak ubahsuai susunan dan layoutnya...namun hasilnya agak memuaskan bagi yang baru belajar.
Namun jika anda nak komen..silakan....komenlah apa sahaja tentang blog ni...tapi sila pastikan komen anda komen yg boleh menambahbaikkan lagi isi kandungan blog ini.

...................................................
Lupa nak khabarkan....09/02/2011, lalu sekolah terlibat dalam sukan MSSD, so...keputusan agak memberansangkan, sekolah di tangga ke enam dari tujuh buah sekolah yg bertanding...ok la...jgn jak uncit he..he.. 1 emas 2 perak...syukurlah.....emas dari acara pontar peluru perempuan(Noremilia Natasya) dan 2 gangsa(Dexlaen Jupirin) dari acara 100m lelaki dan lompat tinggi lelaki. Tahniah dan terima kaih buat yg bertungkus lumus dalam menjayakan dan memastikan sekolah tidak dapat uncit....gbr akan di upload nnt...tunggu...

07 February 2011

07/02/2011

salam......
lama dah tak update.....sibuk dan banyak kerja di awal tahun ni...
Permulaan tahun 2011....di hiasi dengan peristiwa yang agak menyedihkan namun ada kegembiraan....permohonan ustaz azhari mohammad untk berpindah ke semenanjung telah diluluskan, dan beliau telah meninggalkan sk dampirit dengan meninggalkan seribu kenangan pahit manis, suka duka, masam manis dan sebagainya.....namun di doakan agar beliau dapat menjalankan tugas beliau di tempat baru dengan sebaiknya.....
permulaan 2011 juga dihiasi dengan kehadiran guru baru yang telah berpindah ke sk dampirit. En Mohd Sharif Omar, beliau telah mula melaporkan diri pada awal sesi persekolahan 2011. Di harap beliau dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana di tempat baru.
Minggu ini 09.02.11(rabu) sekolah akan terlibat dengan mssm zon sikuati...di harapkan apa yang dirancang dan diimpikan akan jadi kenyataan...harap-harapnya biarlah hadir sebutir dua pingat....