18 February 2011

jln g sekolah banjir




Salam....
Hujan lebat mlm tadi....so implikasinya....jalan ke sekolah banjir hingga paras lutut....ramai guru terpaksa berpatah balik dan menggunakan jalan kedua yang agak jauh dari kebiasaan. Tak sempat nak ambik gambar, takut lewat sampai ke sekolah....nantilah kalau banjir lagi, adalah gbr tu menyusul....so....murid so far ok jgak....kehadiran memuaskan, walaupun di awal pagi tu masih hujan lagi. Lebih kurang pukul 10 pagi, hujan reda. nampaklah cahaya matahari menyinari sk dampirit. Namun keadaan agak lembab.
Baliknya, beberapa orang guru mencuba untuk meredah banjir tersebut, lepas juga, namun beberapa buah kereta patah no pendaftaran di bahagian hadapan disebabkan air yg agak kuat arusnya.
Terdapat juga guru yang terpaksa mengikut jalan kedua seperti pagi tadi yang agak jauh. Syukurlah kawasan sekolah tidak banjir kerana berada di tempat yang agak tinggi.

No comments:

Post a Comment