28 July 2011

28/07/2011(khamis)

Salam....
Pagi....hujan renyai-renyai, entah......... mungkin meraikan ketibaan bulan ramadan, mudahan bulan ramadan ni..cuaca begini, sejuk dan nyaman,tidak panas dan tidak menyiksakan.
Cikgu Sabri mengenakan baju batik baru beliau....baju batik rasmi sekolah...tapi potongan kain agak pendek. So beliau terpaksa membuat baju batik berlengan pendek.
Tapi cantik jugak...nanti upload gbr dia...itu pun kalau hp boleh connect dengan laptop ni....

27 July 2011

27/07/2011(rabu)

Salam...
Jumpa lagi...kelmarin tak sempat nak update...sibuk.
Hari ni semua staf ada di sekolah....
Isnin dan kelmarin,bos berada di KK kerana menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk Guru besar. Syukurlah dengan usaha dan kerja keras beliau tahun lepas, usaha beliau tersebut tidak sia-sia dan telah diiktiraf melalui pemberian APC tersebut. Pihak sekolah tumpang syukur dan gembira.
Hari ni beliau sempat jugak ke sekolah sebelum menghadiri mesyuarat Pemantauan Jemaah nazir untuk Linus bagi semua sekolah daerah Kudat.

25 July 2011

25/07/2011(Isnin)

Salam.....
Pagi yang indah dengan cuaca yang nyaman tidak panas tidak sejuk...alhamdulillah....tak taulah sekejap lagi....

22 July 2011

22/07/2011

Salam,
Syukurlah..ada masa sikit, so sempat juga update ni. hari ni cuaca mendung di awal pagi, mungkin nanti lepas rehat hujanlah...lama dah tak hujan di sekolah.
P&P seperti biasa, Pn Florida ada taklimat di PKG, En Ariffin masih lagi exam.
Tiada apa-apa yang luar biasa berlaku hari ni....So...jumpa lagi minggu depan...
Nanti kalau sempat nak upload gambar larian 1 murid 1 sukan...

21 July 2011

LAWATAN PEGAWAI DARI PKG KUDAT

Salam....
Cuaca cerah di awal pagi. Ada beberapa guru yang tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana ada yang berkursus dan exam.
Sebelum rehat beberapa orang pegawai dari PKG Kudat datang melawat ke sekolah, tak sempat nak ambik gambar mereka tadi. En Asmara, En Mazlan dan En Saiful, lawatan dan pemantauan Pusat sumber dan ICT sekolah. Ada tengok fail sikit dan beberapa soalan yang perlu di jawab untuk mengisi borang pemantauan.
Sayangnya tak sempat nak ambil gambar mereka... ish....
Lepas rehat, wifi tiba-tiba jem...agh....tak tau nak buat macam mana. Offkan wifi, pas tuh setting balik...then alhamdulillah ok sudah..syukur...kalau tak....tak tau nak jawab apa dekat bos....
Kemudian, ada kontraktor pembekalan barang-barang p&p dan peralatan pejabat pergi ke sekolah dan berurusan dengan bos.
Terima surat jemputan mesyuarat Staff untuk besok, tapi berkemungkinan akan di tangguhkan kerana ada guru yang akan berkursus besok ( Pn Florida). Tak tau lah, tengoklah besok.
Cakap-cakap kosong, tiba-tiba Pn Florida, sarankan agar di adakan jamuan(kami panggil) makan-makan sempena puasa yang akan tiba tak lama lagi. Entahlah....belum di bincangkan dengan terpeinci lagi. Untuk hari ni tu je...besok kalau tak sibuk dapatlah update lagi. sekian. 

19 July 2011

internet dan wifi sekolah ok sudah.

Hari ni.....19/07/2011(selasa), sekolah punya internet dan wifi sudah ok dan siap disetting. so kalu tidak busy bolelah di update selalu blog ni....
Bos g mesyuarat perkapita...c azman n c sharif g program 1 murid 1 sukan, c ariffin exam u nya d kk....
P & P berjalan seperti biasa...