21 July 2011

LAWATAN PEGAWAI DARI PKG KUDAT

Salam....
Cuaca cerah di awal pagi. Ada beberapa guru yang tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana ada yang berkursus dan exam.
Sebelum rehat beberapa orang pegawai dari PKG Kudat datang melawat ke sekolah, tak sempat nak ambik gambar mereka tadi. En Asmara, En Mazlan dan En Saiful, lawatan dan pemantauan Pusat sumber dan ICT sekolah. Ada tengok fail sikit dan beberapa soalan yang perlu di jawab untuk mengisi borang pemantauan.
Sayangnya tak sempat nak ambil gambar mereka... ish....
Lepas rehat, wifi tiba-tiba jem...agh....tak tau nak buat macam mana. Offkan wifi, pas tuh setting balik...then alhamdulillah ok sudah..syukur...kalau tak....tak tau nak jawab apa dekat bos....
Kemudian, ada kontraktor pembekalan barang-barang p&p dan peralatan pejabat pergi ke sekolah dan berurusan dengan bos.
Terima surat jemputan mesyuarat Staff untuk besok, tapi berkemungkinan akan di tangguhkan kerana ada guru yang akan berkursus besok ( Pn Florida). Tak tau lah, tengoklah besok.
Cakap-cakap kosong, tiba-tiba Pn Florida, sarankan agar di adakan jamuan(kami panggil) makan-makan sempena puasa yang akan tiba tak lama lagi. Entahlah....belum di bincangkan dengan terpeinci lagi. Untuk hari ni tu je...besok kalau tak sibuk dapatlah update lagi. sekian. 

No comments:

Post a Comment