07 February 2012

PERPINDAHAN CIKGU SABRI ABDULLAH

Assalamualaikum....

        Hari agak sunyi, masih dan memang  terasa akan suasana muram di sebabkan perpindahan Cikgu Mohd Sabri Abdullah. Beliau telah berpindah minggu lepas, dan hari terakhir beliau sebagai guru di SK Dampirit ialah hari jumaat (03.02.2012). Jadi sekarang ni staff SK Dampirit cuma tinggal 13 orang termasuk AKS.
            Minggu ni memang sibuk dengan persediaan sukan dan hari sukan Peringkat Zon Sikuati besok rabu (08.02.2012). Harap apa yang dirancang akan terlaksana dan apa yang di harapkan akan tercapai.
        InsyaAllah andai tiada aral melintang minggu depan mungkin akan diadakan hari perpisahan buat Cikgu Mohd Sabri.
        Pagi tadi, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang kerani yang mendaftar ke sekolah, seterusnya berita perpindahan kerani kami En Jonis Dehi. Entah...tak tau lagi jadi ke tidak beliau berpindah..dalam proses pengurusan.

No comments:

Post a Comment