02 January 2014

SESI PEMBUKAAN SEKOLAH 2014

2 JANUARI 2014

Tahun baru sudah bermula. SK Dampirit tidak terlepas daripada meraikan tahun baru ini dengan menerima murid-murid yang baru dan lama kembali ke sekolah. Paling menyeronokkan apabila ramai ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka di tahun 1dan pra sekolah. Suasana yang berbeza apabila anak-anak mereka tidak menangis dan ibu bapa tidak perlu menunggu di sekolah sehingga tengahari. Murid tahun 1 seramai 16 orang memulakan sesi persekolahan dengan gembira dan bersemangat di samping murid pra sekolah yang riang gembira. Di samping itu, pihak sekolah telah menerima kedatangan orang baru dalam keluarga staf SKDK iaitu Pn. Intan, Guru Pemulihan yang menggantikan Cikgu Fiffe yang berpindah dan Pn. Clementina, guru opsyen Bahasa Inggeris.

Guru-guru memulakan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini dengan penuh bersemangat dan memulakan minggu transisi orentasi kepada murid tahun 1. Semoga tahun ini akan menjadikan SK Dampirit lebih maju ke hadapan dalam segala aspek pendidikan dan kokurikulum.

No comments:

Post a Comment